Monday 21 February 2011

kaktus

Kaktus banyak terdapat di kawasan padang pasir kerana fizikalnya amat sesuai dengan iklim tersebut. 
Kaktus mempunyai akar serabut, daun yang kecil atau berduri serta mempunyai lapisan lilin, ini untuk mengelakkan kaktus kehilangan air melalui proses transpirasi.

kini, kaktus mudah didapati di pasaran. Bagi mereka yang gemar akan tumbuhan tetapi tidak membunyai banyak masa terluang, tanaman kaktus adalah pilihan tepat kerana ianya mudah dijaga. jika halaman rumah kita tidak mempunyai ruang yang cukup untuk dijadikan taman kaktus, ianya boleh ditanam di dalam pasu.